Monday, January 24, 2011

Makluman :


SRAB Daerah Mersing


MAKLUMAN SEKOLAH GANTI SEMPENA TAHUN BARU CINA

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan melaksanakan cuti berganti sempena Tahun Baru Cina seperti ketetapan yang berikut :

Masa Persekolahan
Jadual Hari
Tarikh Ganti
            Tarikh Cuti
7.45 pagi – 4.30 petang
Isnin
22 Januari 2011 (Sabtu)
31 Januari 2011 (Isnin)
7.45 pagi – 4.30 petang
Selasa
19 Februari 2011 (Sabtu)
01 Februari 2011 (Selasa)
-
-           
Cuti Peristiwa
02 Februari 2011 (Rabu)

            3.        Sekian untuk makluman.
                                                                                                                                                 
“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

Saya yang menurut perintah,

  PN. HJH. ZAINON BT HJ. HITAM
Guru Besar
SRAB Daerah Mersing

Tuesday, December 28, 2010

Kemahiran Belajar


Di dalam kontek Literasi Maklumat, kemahiran belajar meliputi kemahiran membaca dan mencatat nota yang berkesan.

Kemahiran Membaca
Kemahiran ini adalah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu perkara . Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang di baca. Biasanya terdapat empat gaya pembacaan iaitu;

a. Luncuran(Skimming)
Merupakan kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Tujuannya adalah untuk mendapatkan;
- Maklmat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen.
- Pandangan umum tentang bahan dengan segera.
Bagai mana membuat Skimming
- Membaca tajuk,pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
- Membaca dengan menggunakan pergerakan mata dengan cepat
- Memberi tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca.
b. Imbasan (Scanning)
Membaca untuk mendapatkan maklumat lebih mendalam daripada skimming. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan.
Cara membuat scanning
- Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam
- Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan.
- Memberi perhatian kepada rajah dan grafik yang ada.
c. Bacaan Intensif
Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat dengan terperinci.Ianya memerlukan tumpuan, ketekunan dan masa yang lebih panjang untuk mendapat makna. Tujuan bacaan intensif adalah untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut.

d. Bacaan Laju
Memerlukan kebolehan laju membaca dan kefahaman serentak semasa membaca. Tujuan bacaan laju adalah untuk;
- Menggunakan masa terhad dengan lebih produktif
- Menjimatkan masa
- Memperoleh maklumat tambahan pada kadar cepat

Kemahiran Mencatat Nota
Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan bacaan atau dilihat atau didengar.
Tujuan mencatat nota adalah untuk;
- mencatat isi utama penting sebagai rujukan
- daripada isi penting boleh di kembangkan kepada fakta asas
- catatan nota dikmpulkan untuk keperluan rujukan tambahan masa depan
Ciri nota yang baik;
- mengandungi rangka kasar sahaja
- terdiri daripada idea utama
- dicatat dalam buku atau kertas catatan khas
- catatan terang dan mudah dibaca
- menggunakan kata kunci,simbol(yang = yg,dengan = dgn)
- ada lakaran dan grafik menyokong teks
- catatan disebelah kanan dan kiri NOTA sebagai nota dan maklumat tambahan.
- tanda bulatan dan garisan dibuat pada isi penting.
- Nota disemak semula supaya tidak tertinggal isi penting.
Cara mencatat nota
- beri perhatian pada maklumat yg di dengar, dibaca dan dilihat.
- Maklumat tersebut dipilih atau ditafsirkan sebelum dibaca
- hanya faktar baru dicatatkan kerana ini merupakan pembelajaran baru
- Baca dan susn semula catatan
- Catatan nota boleh dibuat dalam bentuk grafik seperti anak
panah,garisan,bulatan dan sebagainya.

Panduan Membina Peta Minda
- Kenal past konsep atau idea utama
- Gunakan pen atau pensel bewarna
- Gunakan kertas kosong
- Tulis tajuk utama ditengah-tengah kertas
- Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk-bentuk yang disukai
seperti bulatan,segitiga dan lain-lain.
- Bentuk cabang dari tajuk utama. Satu cabang untuk satu isi utama.
- Guna warna berlainan bagi setiap cabang utama.
- Tulis dengan huruf besar kata kunci atas setiap cabang
- Lakar cabang-cabang kecil dari cabang utama. Tuliskan maklmat tambahan.
- Gunakan lambang-lambang yang sesuai atau simbol-simbol untuk menjelaskan
lagi peta minda.
- Tulis isi utama lebih besar dari isi bahan
- Gunakan lambang-lambang yang sesuai dengan diri kita
- Untuk menunjukkan perkaitan gunakan anak panah, warna dan lain-lain
- Bina peta minda yang unik. Cuba rangsang kreativiti kita sebaik-baiknya.
- Bezakan isi-isi dengan menggunakan pelbagai bentuk lambang.
- Bina peta minda dengan mendatar diatas kertas kosong agar ruang mencukupi
- Bina peta minda dengan pantas. Gambaran yang bermakna akan dapat
dihasilkan sekiranya dibuat dengan spontan.

Carian Maklumat Melalui Kemahiran ICT
Pencarian maklumat melalui ICT, dua cara yang sering digunakan iaitu on-line dan off-line.

Enjin Pencarian (Search Engine)
Enjin pencarian merupakan program atau pengkalan data dan ia merupakan satu cara yang paling digemari dalam internet kerana anya paling cepat dan mudah tanpa perlu mengetahui alamat laman web yang dicari. antara enjin caran yang paling popular ialah
- Google (www.google.com)
- Yahoo (www.yahoo.com)
- Altavista (www.altavista.com)

OPAC (On line Public Access Catalogue)
Membenarkan pengguna untuk mencari semua jenis bahan (buku, majalah,video,CD, tesis dan lain-lain) yang terdapat dalam koleksi sesuatu perpstakaan melalui atas talian. Melalui OPAC juga kita dapat mengetahui secara terperinci berkenaan bahan tersebut samada lokasi, rujukan pinjaman, rizab dan lain-lain. Pencarian bahan biasa digunakanialah dengan menggunakan punca pencarian;
- Tajuk buku
- Nama Pengarang
- Tajuk perkara (Bidang)
Melalui cara ini, sistem OPAC akan membantu memudahkan pencarian dengan memberi butiran maklumat bahan dan lokasi bahan iaitu nombor panggilan bahan tersebut.
Antara butiran bahan yang diambil kira ialah;
- Nama pengarang
- Judul buku
- Edisi
- Tempat terbit, penerbit dan tahun terbit
- Tajuk perkara dan
- Kenyataan Fizikal buku.

Friday, October 1, 2010

GURU sudah jadi KERANI
Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid


BESARNYA cabaran dan tanggungjawab dipikul guru masa kini menimbulkan pertikaian di kalangan masyarakat adakah golongan itu mampu melaksanakan amanah dengan sempurna.

 






 




FAHAMI MEREKA...ambillah tahu mengenai kesukaran guru supaya mereka rasa dihargai.

 
PENUH DUGAAN...mengajar pelajar sudah cukup mencabar, guru tidak wajar dibebankan lagi dengan tugasan sampingan remeh sebaliknya fokus pada tanggungjawab hakiki.
Bukan sekadar mendidik, pelbagai tuntutan kerjaya tidak sepatutnya kini mereka galas menjadikan tumpuan terhadap proses penjanaan dan pembelajaran ilmu terjejas.



 






Lebih menyedihkan, golongan itu turut menjadi sasaran kecaman masyarakat jika gagal melahirkan pelajar cemerlang akademik dan sahsiah diri menyebabkan guru semakin terdesak serta tertekan.


 


Apakah benar peranan guru sebagai sumber pemangkin ilmu semakin terhakis sebaliknya menjadi golongan itu diperkotak katikkan hingga mereka dalam dilema. Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia Cawangan Kedah, Anuar Husin, berkata golongan guru hari ini bukan sekadar memegang tanggungjawab sebagai pendidik malah anggota masyarakat secara keseluruhan.

Menurutnya, cabaran utama bukan lagi menyalurkan ilmu kepada pelajar sebaliknya turut mendidik masyarakat melalui peranan di luar waktu persekolahan sekali gus memberi bebanan dalam melaksanakan tumpuan dan tanggungjawab sebenar.

"Dalam perguruan, tugas hakiki adalah mengajar, malangnya guru masa kini dilambakkan dengan pelbagai tanggungjawab sukar dan mencabar. Mereka bukan sekadar guru tapi turut mendidik masyarakat secara keseluruhan.

"Malangnya masyarakat bersikap sambil lewa dan enggan bersama memikul tanggungjawab mendidik menyebabkan mereka semakin tertekan. Guru juga dihimpunkan pelbagai tugasan tidak sepatutnya seperti perkeranian.

"Justeru, bagaimana mahu menumpukan perhatian pada tugasan? Masyarakat hanya tahu memberi tekanan tapi enggan membantu," katanya.

Bukan isu baru guru terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab remeh yang menuntut pengorbanan masa, antaranya mengurus dan mengemaskini sistem maklumat pelajar (Emis), sistem salah laku, pendaftaran, yuran, mengurus kumpulan wang amanah pelajar miskin (KWAPM), rancangan makanan dan susu tambahan.

Memburukkan keadaan, mereka terpaksa berhempas pulas menghabiskan sukatan pengajaran kerana dihantar berkursus selain pembelajaran tergendala.

Mengulasnya, Anuar berkata waktu persekolahan padat serta pelbagai perancangan dibuat menjadikan waktu guru semakin terhad hingga menyukarkan proses pembelajaran berjalan lancar.
"Sungguhpun tugasan sampingan tidak sukar, banyak waktu terbuang. Guru sering merungut kerana terlalu terikat dengan pelbagai tuntutan menyebabkan proses pembelajaran tergendala.

"Ia bukan remeh dan perlu diberi perhatian kerana bersangkut paut pencapaian pelajar masa depan. Guru sentiasa dipersalahkan jika pelajar gagal.

"Masyarakat pula mahukan kecemerlangan tapi enggan memahami. Apabila guru gagal menyempurnakannya, bukankah akan menimbulkan konflik? "Tindakan segera perlu diambil kerana bimbang akan menjejaskan mutu pendidikan keseluruhannya," katanya sambil meminta pihak berkenaan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi kemelut itu.

Ditanya adakah rungutan itu disebabkan guru sudah lama dalam zon selesa, beliau berkata golongan itu boleh menerima perubahan namun perlu ada batasan dan mekanisme tertentu bagi menanganinya.
"Guru boleh menerima perubahan malah sedar tanggungjawab dipikul semakin berat tapi perlu ada tolak ansur. Mereka juga ada tanggungjawab lain perlu dipenuhi seperti keluarga.

"Masyarakat juga harus memberi sokongan dan bersama menggembleng tanggungjawab. Jangan lepaskan sepenuhnya pada guru kerana tidak adil," katanya.

Bagi mengatasi kemelut itu, beliau mencadangkan penyusunan semula tugas pekeranian sedia ada hingga tidak mengganggu tugas hakiki guru selain menambah lagi pembantu guru bertaraf kerani.

Bilangan pelajar turut perlu dikurangkan supaya guru tidak terbeban dalam mengemaskini data peribadi selain menerapkan peranan alumni untuk memberi pembelajaran berbeza berdasarkan pengalaman pekerjaan.

"Konflik perlu diatasi secara berhemah supaya semua pihak mendapat manfaatnya. Penyelesaian bukan sekadar jangka pendek tapi berpanjangan demi kebaikan generasi seterusnya.

"Menjadi guru bukan mudah namun kerjaya itu sangat mulia, perlu berlapang dada menerima apa jua cabaran manakala masyarakat juga jangan bersikap lepas tangan.

"Proses penjanaan ilmu tidak akan terhenti, justeru pelbagai pihak perlu mencari penyelesaian supaya konflik sedia ada dapat diatasi," katanya.
Petikan : Harian Metro – Jumaat – 1 Oktober 2010

Monday, September 13, 2010

 Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pihak SRAB Mersing mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sekelian muslimin dan muslimat terutama kepada PPAD Mersing serta warga sekolah. Semoga Aidilfitri ini akan meningkatkan lagi semangat Ukhuwah di antara warga sekolah dengan ibu bapa serta masyarakat. Andainya ada kesilapan dan kesalahan harap dimaafkan.  Salam Aidilfitri...

Sunday, August 22, 2010

Ujian Bulanan

Ujian Bulan Ogos 2010


Dimaklumkan bahawa murid-murid SRAB Mersing akan menduduki Ujian Bulan Ogos seperti ketetapan berikut:


Tarikh : 25 Ogos 2010 hingga 27 Ogos 2010
Masa : Mengikut jadual waktu ujian yang telah diedarkan kepada murid.

Semoga pihak ibu bapa dapat memberikan perhatian kepada anak-anak, agar dapat mengulang kaji pelajaran di rumah. Harap maklum. Sekian, terima kasih.

Friday, August 20, 2010




SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU DAERAH MERSING




             Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) adalah pendidikan peringkat sekolah rendah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor mulai sesi persekolahan 1999. Ia diwujudkan bagi memenuhi kehendak Pelan Tindakan Belanjawan Kajian Pendidikan Agama 1998.

              Penyediaannya untuk membolehkan murid lepasan sekolah rendah agama Johor dapat meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah dan  seterusnya ke Pusat Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri. Di masa yang sama SRAB adalah tapak untuk menyalurkan calon-calon pelajar ke peringkat sekolah menengah, khasnya di sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Johor.

Terdapat 8 buah SRAB di seluruh Negeri Johor, iaitu :




1. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Taman Seri Tebrau, Johor Bahru
2. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Sungai Abong, Muar
3. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Tmn Bukit Pasir, Batu Pahat
4. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Taman Bukit Siput, Segamat
5. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Taman Intan, Kluang
6. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Benut, Pontian
7. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Kota Kecil, Kota Tinggi
8. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Felda Tenggaroh, Mersing

Salam Ukhuwah SRAB Mersing

Assalamualaikum.

Kini telah terhasillah sebuah laman blog untuk Sekolah Rendah Agama Bersepadu ( SRAB ), Mersing. Laman ini dibina bertujuan untuk mewujudkan jaringan komunikasi yang lebih meluas serta menyampaikan maklumat yang lebih pantas kepada para pengunjung terutamanya para ibu bapa tentang aktiviti dan program semasa sekolah. Selain itu, perkongsian idea dan perkembangan sekolah juga akan dimuatkan dalam laman ini nanti. Semoga pihak kami dapat menerima maklum balas yang positif untuk sama-sama berkongsi idea, pendapat dan sebagainya untuk menjadikan mutu pendidikan kita bertaraf dunia.