Tuesday, December 28, 2010

Kemahiran Belajar


Di dalam kontek Literasi Maklumat, kemahiran belajar meliputi kemahiran membaca dan mencatat nota yang berkesan.

Kemahiran Membaca
Kemahiran ini adalah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu perkara . Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang di baca. Biasanya terdapat empat gaya pembacaan iaitu;

a. Luncuran(Skimming)
Merupakan kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Tujuannya adalah untuk mendapatkan;
- Maklmat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen.
- Pandangan umum tentang bahan dengan segera.
Bagai mana membuat Skimming
- Membaca tajuk,pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
- Membaca dengan menggunakan pergerakan mata dengan cepat
- Memberi tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca.
b. Imbasan (Scanning)
Membaca untuk mendapatkan maklumat lebih mendalam daripada skimming. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan.
Cara membuat scanning
- Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam
- Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan.
- Memberi perhatian kepada rajah dan grafik yang ada.
c. Bacaan Intensif
Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat dengan terperinci.Ianya memerlukan tumpuan, ketekunan dan masa yang lebih panjang untuk mendapat makna. Tujuan bacaan intensif adalah untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut.

d. Bacaan Laju
Memerlukan kebolehan laju membaca dan kefahaman serentak semasa membaca. Tujuan bacaan laju adalah untuk;
- Menggunakan masa terhad dengan lebih produktif
- Menjimatkan masa
- Memperoleh maklumat tambahan pada kadar cepat

Kemahiran Mencatat Nota
Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan bacaan atau dilihat atau didengar.
Tujuan mencatat nota adalah untuk;
- mencatat isi utama penting sebagai rujukan
- daripada isi penting boleh di kembangkan kepada fakta asas
- catatan nota dikmpulkan untuk keperluan rujukan tambahan masa depan
Ciri nota yang baik;
- mengandungi rangka kasar sahaja
- terdiri daripada idea utama
- dicatat dalam buku atau kertas catatan khas
- catatan terang dan mudah dibaca
- menggunakan kata kunci,simbol(yang = yg,dengan = dgn)
- ada lakaran dan grafik menyokong teks
- catatan disebelah kanan dan kiri NOTA sebagai nota dan maklumat tambahan.
- tanda bulatan dan garisan dibuat pada isi penting.
- Nota disemak semula supaya tidak tertinggal isi penting.
Cara mencatat nota
- beri perhatian pada maklumat yg di dengar, dibaca dan dilihat.
- Maklumat tersebut dipilih atau ditafsirkan sebelum dibaca
- hanya faktar baru dicatatkan kerana ini merupakan pembelajaran baru
- Baca dan susn semula catatan
- Catatan nota boleh dibuat dalam bentuk grafik seperti anak
panah,garisan,bulatan dan sebagainya.

Panduan Membina Peta Minda
- Kenal past konsep atau idea utama
- Gunakan pen atau pensel bewarna
- Gunakan kertas kosong
- Tulis tajuk utama ditengah-tengah kertas
- Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk-bentuk yang disukai
seperti bulatan,segitiga dan lain-lain.
- Bentuk cabang dari tajuk utama. Satu cabang untuk satu isi utama.
- Guna warna berlainan bagi setiap cabang utama.
- Tulis dengan huruf besar kata kunci atas setiap cabang
- Lakar cabang-cabang kecil dari cabang utama. Tuliskan maklmat tambahan.
- Gunakan lambang-lambang yang sesuai atau simbol-simbol untuk menjelaskan
lagi peta minda.
- Tulis isi utama lebih besar dari isi bahan
- Gunakan lambang-lambang yang sesuai dengan diri kita
- Untuk menunjukkan perkaitan gunakan anak panah, warna dan lain-lain
- Bina peta minda yang unik. Cuba rangsang kreativiti kita sebaik-baiknya.
- Bezakan isi-isi dengan menggunakan pelbagai bentuk lambang.
- Bina peta minda dengan mendatar diatas kertas kosong agar ruang mencukupi
- Bina peta minda dengan pantas. Gambaran yang bermakna akan dapat
dihasilkan sekiranya dibuat dengan spontan.

Carian Maklumat Melalui Kemahiran ICT
Pencarian maklumat melalui ICT, dua cara yang sering digunakan iaitu on-line dan off-line.

Enjin Pencarian (Search Engine)
Enjin pencarian merupakan program atau pengkalan data dan ia merupakan satu cara yang paling digemari dalam internet kerana anya paling cepat dan mudah tanpa perlu mengetahui alamat laman web yang dicari. antara enjin caran yang paling popular ialah
- Google (www.google.com)
- Yahoo (www.yahoo.com)
- Altavista (www.altavista.com)

OPAC (On line Public Access Catalogue)
Membenarkan pengguna untuk mencari semua jenis bahan (buku, majalah,video,CD, tesis dan lain-lain) yang terdapat dalam koleksi sesuatu perpstakaan melalui atas talian. Melalui OPAC juga kita dapat mengetahui secara terperinci berkenaan bahan tersebut samada lokasi, rujukan pinjaman, rizab dan lain-lain. Pencarian bahan biasa digunakanialah dengan menggunakan punca pencarian;
- Tajuk buku
- Nama Pengarang
- Tajuk perkara (Bidang)
Melalui cara ini, sistem OPAC akan membantu memudahkan pencarian dengan memberi butiran maklumat bahan dan lokasi bahan iaitu nombor panggilan bahan tersebut.
Antara butiran bahan yang diambil kira ialah;
- Nama pengarang
- Judul buku
- Edisi
- Tempat terbit, penerbit dan tahun terbit
- Tajuk perkara dan
- Kenyataan Fizikal buku.

No comments:

Post a Comment